Seminar dan Latihan Kewangan Islam, Perancangan Kewangan Islam, Bisnes, Pengurusan, Motivasi dll Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Khamis, 31 Mac 2011

Doa Nabi Daud a.s...Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara...

Doa Nabi Daud 

Diriwayatkan bahawa antara doa yang menjadi amalan Nabi Daud alaihis salam ialah : Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara.
4 perkara yang aku pohon dariMu ialah:
  • 1. Mempunyai lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu.
  • 2. Mempunyai hati yang sentiasa bersyukur kepadaMu.
  • 3. Mempunyai tubuh badan yang sanggup menahan sabar.
  • 4. Mempunyai isteri yang sentiasa membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.
4 perkara yang aku memohon perlindunganMu ialah :
  • 1. Mempunyai anak yang bersikap sebagai tuan kepadaku.
  • 2. Mempunyai isteri yang menyebabkan aku beruban sebelum waktu aku patut beruban.
  • 3. Mempunyai harta benda yang menjadi bencana dan menyusahkan diriku.
  • 4. Mempunyai jiran yang suka menyembunyi dan memejamkan mata dengan kebaikan yang aku lakukan, tetapi menghebahkan kepada orang lain apabila sahaja melihat keburukanku.



1 ulasan:

  1. Salam editor, last night ada dengar pasal doa nabi daud dekat ehwal islam...tapi lupa sebahagian doanya. Alhamdulilah ada kat sini... Saya mohon share ye...

    http://yamanaimy.blogspot.com/

    BalasPadam

Followers (Pengikut)

Seminar dan Latihan Kewangan Islam, Perancangan Kewangan Islam, Bisnes, Pengurusan, Motivasi dll Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com