Seminar dan Latihan Kewangan Islam, Perancangan Kewangan Islam, Bisnes, Pengurusan, Motivasi dll Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Khamis, 31 Mac 2011

Agama itu nasihat

Hadith ini adalah hadith ketujuh (07) dalam kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Tajuk hadith ini ialah agama itu adalah nasihat. Semoga kita mendapat pengajaran daripada isi kandungan hadith ini insyaAllah.



عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.


Terjemahan hadith


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Kefahaman Hadith 40:07 - Agama itu nasihat


1) Nasihah Lillah - mengimaninya/ ikhlaskan ibadah/ taatinya serta jauhi larangannya.
2) Nasihah Likitabi - yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk -sebagai Manhaj hidup -sesuai sepanjang zaman -berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.
3) Nasihah Lirasulihi- membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya -agungkan sunnahnya/ kaji sirahnya/ berakhlak dengan akhlaknya.
4) Nasihah Li aimmati muslimin -membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari berlaku zalim.
5) Nasihah Li ‘ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang mereka jahil terhadap agama/galakkan mereka kepada ketaatan.

Pengajaran hadith:


Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.

lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status. Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat. Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers (Pengikut)

Seminar dan Latihan Kewangan Islam, Perancangan Kewangan Islam, Bisnes, Pengurusan, Motivasi dll Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com